Salam Pengakap

Siapa anda dalam KLKM UTM?

Senarai Maklumat

Laporan Khidmat Masyarakat bersama Menteri Pengajian Tinggi

Tarikh : 1 November 2009
Lokasi : Tanah Perkuburan Islam, Masai
Aktiviti : Gotong royong perdana membersihkan kawasan perkuburan Islam

Pada 1 November 2009, KLKM UTM JB telah mengadapak aktiviti khidmat masyrakat dibawah skim lencana Khidmat Masyarakat bertempat di Tanah Perkuburan Islam, Masai. Kami seramai 8 orang ahli, 7 orang mahasiswi dari KTF dan 7 guru pengiring termasuk Encik Rahim (Boss) bertolak dari Pusat Kokurikulum UTM tepat pukul 8.00 pagi.

Kami tiba di kawasan perkuburan disambut baik oleh wakil UMNO kawasan Pasir Gudang dan dihidangkan dengan sarapan pagi. Setelah menjamu selera, aktiviti membersihkan kawasan perkuburan yang dianggarkan seluas 2 hektar pun bermula bersama-sama kumpulan Pemuda UMNO kawasan Pasir Gudang dan kumpulan ahli Rakan Muda.

Aktiviti ini tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Kami bertolak pulang ke UTM semula. Terima kasih kepada yang menjayakan aktiviti ini.

(gambar aktiviti boleh di lihat di halaman gambar)

read more
 

Counter

Iklan

Copyright © Kelana Siswa UTM JB | Powered by Plurbuddy Skuppy